Rumah adalah ‘sekolah’ pertama bagi anak-anak. Perkembangan dan pendidikan
anak-anak bermula dari rumah kita sendiri. Oleh sebab itu, penting kita
sebagai ibu bapak untuk membentuk sebuah persekitaran yang baik untuk
membina mental, fizikal dan emosi anak-anak. Sebagai ibu bapak, kita
hendaklah cuba mewujudkan suasana ceria, serta menggalakkan
aktiviti-aktiviti positif di dalam rumah.
“Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (Hadith Riwayat Bukhari).
Lumrah anak-anak, secara semula jadinya akan meniru perlakuan kita
sebagai orang dewasa. Mereka akan melihat serta meniru cara percakapan
dan perbuatan kita, bagi anak yang sedikit dewasa akan mula bertanya
kenapa dan mengapa kita melakukan setiap perbuatan atau percakapan. Jadi
pentingnya untuk kita mula memupuk nilai-nilai dan perilaku positif
dalam kehidupan seharian kita. Semenjak kecil, pupuklah mereka dengan
perkataan Allahu Akbar, SubhanAllah dan insha’Allah. Biarpun
solat wajib untuk Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz
(tahu membezakan antara perkara baik dan buruk), tetapi tidak salah bagi
ibu bapa untuk menguatkan kepentingan solat sebelum mereka berumur 7
tahun lagi.
Antara cara atau galakkan yang boleh kita lakukan terhadap anak-anak kita untuk mendirikan solat ialah:
- Medirikan solat dihadapan mereka sejak kecil
- Jelaskan kepada mereka kenapa kita mendirikan solat
- Biarkan mereka memilih sejadah mereka dan mini telekung mereka sendiri
- Tunjukkan mereka arah kiblat, serta cara menentukan arah kiblat untuk menarik minat mereka
- Mendirikan solat berjemaah bersama-sama mereka
“Solat itu ialah tiang agama, maka barang siapa yang mendirikannya maka sungguh dia telah menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkannya sungguh mereka telah meruntuhkan agama.” (Hadith Riwayat Bukhari daripada Umar Radiallahu ‘Anhu)